« Home

Kes Jalan Mohd Saad Bagan Jermal

Penang Paranormal Group
PPG Malaysia



Penang Paranormal Group Case Study
Venue : Rumah Penghulu
Jalan Mohd Saad Bagan Jemal

Date : 6 Mei 2006

Time : 12.15 am to 1.30 am

Equipment : Sony DCRHC26 E
JVC mini DV
Olympus C480

Rumah Penghulu ini dikatakan berhantu dan telah berlaku beberapa kekacauan sebelum ini. Sebelum kes ini dibuka oleh PPG penduduk sekitar telah melaporkan melihat bayangan putih yang berkeliaran di sekitar rumah. Dilaporkan juga kadang-kadang juga dilihat bayang hitam dengan mata merah dikawasan yang sama.

Yang menyebabkan PPG bertindak untuk melakukan siasatan kerana pada sehari sebelum PPG membuat siasatan, satu laporan telah diterima yang menyatakan bahawa satu lembaga hitam dengan mata merah telah kelihatan di atas bumbung rumah penghulu.

Rumah penghulu ini terletak lebih kurang 200 meter dari pejabat PPG dan merupakan rumah lama yang telah usang dan hampir reput. Rumah ini juga terletak berdekatan dengan jalan yang menjadi laluan utama penduduk Jalan Mohd Saad.

Kamera pertama mula diletakkan pada pukul 12.15 malam dan kamera kedua 12.17 malam dan semasa anggota PPG memasang kamera tiada tanda-tanda yang boleh dibuat bandingan sama ada kawasan mempunya penunggu atau tidak. Pengesan PPG iaitu Pak Su juga tidak mengesan sebarang entiti yang berada dalam kawasan rumah. Kamera pertama diletakkan menghala ke tingkap dan kamera dua menghala kearah kamera pertama. Jarak antara kamera hanyalah 3 meter dan masing-masing dirakam dalam posisi LP (long program – 90 minutes).

Pada pukul 1.30 pagi anggota PPG masuk kembali ke dalam kawasan rumah untuk mematikan kamera dan untuk mengambil gambar buat kali terakhir sebelum operasi ditangguhkan.

Hasil dari pengalaman pertama kumpulan PPG telah mendatangkan hasil yang menakjubkan. Pengalaman kami membuahkan hasil yang dipercayai merupakan hantu langsuir ( dari rakaman gambar yang telah diperolehi).

Gambar akan dimasukan dalam masa terdekat.

Previous posts

Archives

Links

StatCounter
penang paranormal group| Butterworth,Penang,Malaysia |Email: adminppg@gmail.com