Monday, June 26, 2006

Rumah Mayat Hospital Bagan

Venue : Episod 1
Rumah Mayat Hospital Bagan
Bagan Jermal Butterworth

Date : 12 Mei 2006

Time : 01.15 am to 01.45 am

Equipment : Olympus C480

Rumah Mayat merupakan destina kedua PPG. Anggota PPG telah kesana untuk kajian pertama. Kajian ini adalah untuk kajian keadaan dan lokasi dimana sebelum kajian sebenar dibuat. Anggota PPG akan kesana untuk melihat keadaan tempat dan lokasi tempat.

Anggota PPG yang terlibat dalam kajian ini adalah Pak Su, Komeng dan sukarelawan Juragas. PPG tiba ditempat kajian pada pukul 1.15 pagi dan apabila
tiba ditempat kajian , pengesan PPG, Pak Su terus dapat mengesan kehadiran entiti yang berada dalam kawasan Rumah Mayat.

7 gambar telah dirakam dengan menggunakan Olympus C480 dan beberapa gambar orb telah berjaya dirakam. Tetapi ongota PPG tidak mampu untuk bertahan lama kerana merasai semakin banyak entiti yang ada disekeliling kawasan Rumah Mayat. Dan tanpa membuang masa anggota PPG meninggalkan kawasan tersebut dengan segera dengan kata lain cabut.

Dibawah ini adalah gambar yang berjaya dirakam
Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, June 02, 2006

Penang Paranormal Group

Kami terdiri daripada pelbagai latar belakang yang teringin untuk mengetahui dan mengkaji tentang paranormal aktiviti yang berlaku di sebelah utara tanahair Malaysia. Terdiri daripada:


Brother Mei (jurucakap dan pengkaji)
Pak Su (pengesan dan pengkaji)
Komeng (teknikal dan bahan cetak)
Megat (teknikal dan pengesan)

PPG Dibantu oleh 5 sukarelawan yang bertugas sebagai pembantu dalam kajian kami:

Nazim
Pian
SKJ
Juragas
Wan

Kes Jalan Mohd Saad Bagan Jermal

Penang Paranormal Group
PPG Malaysia



Penang Paranormal Group Case Study
Venue : Rumah Penghulu
Jalan Mohd Saad Bagan Jemal

Date : 6 Mei 2006

Time : 12.15 am to 1.30 am

Equipment : Sony DCRHC26 E
JVC mini DV
Olympus C480

Rumah Penghulu ini dikatakan berhantu dan telah berlaku beberapa kekacauan sebelum ini. Sebelum kes ini dibuka oleh PPG penduduk sekitar telah melaporkan melihat bayangan putih yang berkeliaran di sekitar rumah. Dilaporkan juga kadang-kadang juga dilihat bayang hitam dengan mata merah dikawasan yang sama.

Yang menyebabkan PPG bertindak untuk melakukan siasatan kerana pada sehari sebelum PPG membuat siasatan, satu laporan telah diterima yang menyatakan bahawa satu lembaga hitam dengan mata merah telah kelihatan di atas bumbung rumah penghulu.

Rumah penghulu ini terletak lebih kurang 200 meter dari pejabat PPG dan merupakan rumah lama yang telah usang dan hampir reput. Rumah ini juga terletak berdekatan dengan jalan yang menjadi laluan utama penduduk Jalan Mohd Saad.

Kamera pertama mula diletakkan pada pukul 12.15 malam dan kamera kedua 12.17 malam dan semasa anggota PPG memasang kamera tiada tanda-tanda yang boleh dibuat bandingan sama ada kawasan mempunya penunggu atau tidak. Pengesan PPG iaitu Pak Su juga tidak mengesan sebarang entiti yang berada dalam kawasan rumah. Kamera pertama diletakkan menghala ke tingkap dan kamera dua menghala kearah kamera pertama. Jarak antara kamera hanyalah 3 meter dan masing-masing dirakam dalam posisi LP (long program – 90 minutes).

Pada pukul 1.30 pagi anggota PPG masuk kembali ke dalam kawasan rumah untuk mematikan kamera dan untuk mengambil gambar buat kali terakhir sebelum operasi ditangguhkan.

Hasil dari pengalaman pertama kumpulan PPG telah mendatangkan hasil yang menakjubkan. Pengalaman kami membuahkan hasil yang dipercayai merupakan hantu langsuir ( dari rakaman gambar yang telah diperolehi).

Gambar akan dimasukan dalam masa terdekat.

Archives

Links

StatCounter
penang paranormal group| Butterworth,Penang,Malaysia |Email: adminppg@gmail.com